Masjid, surau di Seremban terima sumbangan Anthony Loke - Utusan Malaysia

Masjid, surau di Seremban terima sumbangan Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 4 Mei – Sebanyak 19 masjid dan 90 surau dalam kawasan Parlimen Seremban hari ini menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook bagi menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini.

Setiap masjid menerima RM3,000 dan RM1,000 untuk setiap surau.

Sumbangan itu disampaikan oleh Siew Fook yang juga Menteri Pengangkutan pada majlis di Wisma Negeri di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Seremban.

Siew Fook berkata, beliau gembira dapat menyampaikan sumbangan daripada peruntukan kawasan Parlimennya selepas tidak sempat berbuat demikian tahun lalu kerana kesuntukan masa kerana baru selesai memenangi Pilihan Raya Umum (PRU).

“Tahun ini, saya melakukan persiapan lebih awal kerana program ini penting sebagai satu pendekatan mengenali dan berdamping dengan para pemimpin di peringkat akar umbi.

“Budaya politik sentiasa berdamping dengan masyarakat sebenarnya sudah menjadi amalan sejak kerajaan hari ini masih berstatus pembangkang. Sebab itu, kami cuba memberikan sumbangan lebih baik apabila telah menjadi kerajaan hari ini,” katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian sumbangan tersebut.

Tambahnya, tradisi itu mesti diteruskan dan berharap beliau dapat bersama-sama dengan pemimpin akar umbi dalam majlis seperti berbuka puasa pada Ramadan kali ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini