Kolam renang Taman Pudu Ulu akan dibuka semula pertengahan Mei - Utusan Malaysia

Kolam renang Taman Pudu Ulu akan dibuka semula pertengahan Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mei- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka semula kolam renang di Taman Pudu Ulu di sini pada pertengahan bulan Mei ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, kolam renang itu sedang dibaiki dan dijangka siap pada minggu depan.

“Kami akan pastikan kolam renang itu siap dibaiki pada Selasa ini namun akan diberi tempoh percubaan selama seminggu sebelum dibuka kepada orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Diharap pembukaan semula kolam itu dapat menarik lebih ramai pengunjung ke taman tersebut,” katanya ketika membuat lawatan ke Taman Pudu Ulu hari ini.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan kolam renang di taman itu mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan sejak tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini