Raja Thailand ditabal  - Utusan Malaysia

Raja Thailand ditabal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK- Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn ditabal sebagai Raja Rama X pada Istiadat Pertabalan Diraja yang penuh dengan tradisi Thailand di sini pagi tadi.

Istiadat pertabalan bermula pada pukul 10 pagi dengan Upacara Penyucian Diraja atau Song Muratha Bhisek di Kediaman Diraja Chakrabat Biman, di sini.  

Pada upacara itu, air suci dijirus ke tubuh baginda sebagai simbolik penyucian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda kemudian berangkat ke balairung seri di Istana Besar untuk menerima alat-alat kebesaran diraja dan pemakaian mahkota diiringi tembakan meriam.

Hadir sama Permaisuri Suthida dan kerabat diraja lain.

“Beta akan terus memerintah dengan kebenaran demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Thailand.” titah baginda pada istiadat pertabalan tersebut.

Baginda ditabal selepas tiga tahun menaiki takhta berikutan kemangkatan ayahandanya, Bhumibol Adulyadej pada Oktober 2016. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini