Eksport Mac jatuh 0.5 peratus - Utusan Malaysia

Eksport Mac jatuh 0.5 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Jumlah eksport Malaysia pada Mac jatuh 0.5 peratus tahun ke tahun kepada RM84.05 bilion, mengatasi jangkaan konsenses untuk penurunan 3.4 peratus.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, prestasi eksport yang melebihi jangkaan itu menyebabkan lebihan dagangan sebanyak RM14.37 bilion, iaitu 2.2 peratus lebih rendah berbanding tahun lalu, tetapi tinggi jika dibandingkan dengan unjuran penganalisis.

“Nilai keseluruhan import untuk Mac juga menguncup 0.1 peratus tahun ke tahun kepada RM69.68 bilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keseluruhan, aktiviti dagangan Malaysia pada bulan berkenaan jatuh 0.3 peratus tahun ke tahun kepada RM153.73 bilion,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sektor pembuatan, yang kekal sebagai eksport terbesar Malaysia, merupakan satu-satunya sektor yang mencatat pertumbuhan dengan berkembang 1.5 peratus tahun ke tahun kepada RM70.81 bilion manakala sektor pertanian dan perlombongan mengalami penguncupan berasaskan tahun ke tahun. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini