TERIMA KASIH CIKGU… Siti Zubaidah Mahamad (empat dari kiri) dan Nur Ruqayah Mohd Surin (empat dari kanana) dipeluk oleh pelajar-pelajar sebagai tanda terima kasih ketika Majlis Gerakan Massa Penghargaan ‘Terima Kasih Cikgu’ Peringkat Negeri Sembilan sempena sambutan Hari Guru Tahun 2019 di SMK Bukit Saujana, Port Dickson.
Sekiranya anda mempunyai detik-detik indah bersama guru, sila kongsikan dengan cara:
1. Muat naik gambar ke akaun Instagram peribadi anda.
2. Sertakan keterangan menarik tentang guru anda. Keterangan wajib menggunakan Bahasa Melayu dan tidak lebih daripada 20 patah perkataan.
3. Wajib menggunakan hashtag: #terimakasihcikgu
4. DM/Private Message maklumat (Nama, Umur, Telefon, E-mel dan Kawasan Kediaman) ke Instagram: Branding Utusan/Kosmo
5. Pastikan akaun Instagram anda tidak diprivasikan.











