LONDON 3 Mei – Brendan Rodgers memberi amaran kepada Manchester City bahawa Leicester mampu meraih keputusan cemerlang walaupun ketika berdepan pasukan besar seperti mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
The Foxes yang menunundukkan Arsenal 3-0 dalam pertemuan sebelum ini akan berkunjung ke Stadium Etihad untuk bertemu City.
Dengan Liverpool akan berdepan Newcastle, Pep Guardiola sedar bahawa pasukannya perlu menang ke atas Leicester bagi mengekalkan kedudukan mereka selaku pendahulu liga selain mencerahkan laluan mengekalkan kejuaraan.
Perbezaan satu mata di antara City dan Liverpool memberi gambaran, sekiranya skuad kendalian Jurgen Klopp tewas di St. James Park, mereka akan memberikan laluan mudah kepada City untuk mempertahankan kejuaraan sekiranya mereka menewaskan Leicester.
Rodgers merasakan bahawa pemainnya berada pada kedudukan terbaik untuk mendapatkan keputusan yang mampu membantu bekas pasukannya.
“Saya ada perancangan dan model permainan yang mampu menewaskan mana-mana pasukan.
“Kami tahu pemain yang sesuai untuk melakukan hantaran terakhir yang mampu mengubah keputusan dan kami perlu tunjukkan kualiti kami ketika mengawal bola.
“Pemain memiliki keyakinan dan mereka mampu meraih keputusan positif,” katanya.-AGENSI











