Ramsey kecewa cara akhiri karier di Arsenal - Utusan Malaysia

Ramsey kecewa cara akhiri karier di Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey mengakui sangat sedih kerana gagal membantu pasukan itu mengakhiri saingan sehingga penghujung musim selepas mengalami kecederaan dan terpaksa direhatkan sebelum melengkapkan perpindahan secara percuma ke Juventus musim depan.

Pemain antarabangsa­ Wales itu membuat penampilan terakhir ketika menentang Napoli pada aksi Liga Europa 18 April lalu menyebabkan dia menga­lami kecederaan hamstring.

“Saya menyertai Arsenal ketika masih muda dan meninggalkan pasukan berkenaan sebagai pemain yang matang. Saya sangat sedih apabila mengetahui Napoli adalah lawan saya yang terakhir bersama Arsenal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika diberi kesempatan, saya mahu menghabiskan semua perlawanan musim ini dengan rekod kemena­ngan. Tetapi, saya tidak boleh membuat apa-apa ke­rana cedera. Buat masa ini, saya hanya mampu berdoa dan berharap Arsenal dapat memenangi saingan Liga Europa dan menamatkan aksi liga di kelompok empat terbaik.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada para penyokong, staf dan jurulatih Arsenal kerana memberi peluang kepada saya menyertai keluarga Arsenal,” katanya.

Sebagai rekod, pemain berusia 28 tahun itu mula beraksi bersama The Gunners pada 2008 dan berjaya meledakkan 40 gol dalam 262 penampilan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini