Eriksen setuju sertai Real - Utusan Malaysia

Eriksen setuju sertai Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Perancang tengah Tottenham Hotspur, Christian Eriksen telah bersetuju secara lisan untuk menyertai kelab gergasi La Liga, Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas yang akan dibuka secara rasmi bulan depan.

Difahamkan, Spurs terpaksa menjual beberapa pemain bertaraf bintang pasukan itu kerana mahu menampung kos perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membina Stadium Tottenham Hotspur yang telah dibuka kepada umum bulan lalu.

Perkara tersebut diakui oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Da­niel Levy memandangkan pemain antarabangsa Denmark itu enggan menyambung kontraknya yang bakal tamat pada pertengahan musim 2020.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak mahu membangkitkan spekulasi mengenai perpindahan Eriksen memandangkan dia mahu memberi tumpuan penuh dalam misi membantu pasukan menamatkan saingan musim ini dengan cemerlang.

“Kami masih lagi bersaing dalam Liga Perdana England serta Liga Juara-Juara dan saya akui pengesahan hanya akan dilakukan selepas tamat musim ini. Namun, kemungkinan besar dia akan berhijrah sekiranya masih tidak mahu menyambung kontraknya,” katanya.

Selain Madrid, beberapa pasukan utama Eropah seperti Barcelona turut berhasrat untuk memancing khid­mat pemain berusia 27 tahun itu yang telah mempamerkan aksi mantap bersama skuad kendalian Mauricio Pochettino sepanjang musim ini.

Namun, Eriksen telah bersetuju secara lisan kepada Madrid memandangkan hanya skuad The Galacticos yang menawarkan kontrak lumayan dengan menggandakan gaji yang diterimanya ketika bersama Spurs iaitu €4 juta (RM18.5 juta) kepada €8 juta (RM37 juta) setahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini