Tiger Woods terima anugerah Presiden AS - Utusan Malaysia

Tiger Woods terima anugerah Presiden AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 3 Mei – Kemampuan Tiger Woods bangkit daripada masalah kecederaan belakang yang kronik sebelum menjuarai Kejohanan Masters bulan lalu mendapat pengiktirafan daripada negaranya, Amerika Syarikat (AS).

Woods, 43 akan dianugerah Pingat Kebebasan Presiden oleh White House pada Isnin ini selepas Donald Trump kagum dengan kemunculan semula pemain itu yang kembali cemerlang meraih gelaran ke-15 kejohanan utama di Augusta tersebut.

Kejayaan itu hadir selepas kira-kira 11 tahun Woods kemarau kejuaraan akibat dihantui kecederaan dan masalah peribadi. Kali terakhir beliau meraih gelaran juara kejohanan utama dunia adalah di Terbuka AS pada 2008.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap White House, Sarah Sanders berkata, Trump sendiri akan menganugerahkan sendiri pingat tersebut kepada Woods di White House Rose Garden. Pingat yang mula diperkenalkan oleh John F. Kennedy pada 1963 itu khusus diberikan kepada rakyat AS yang menyumbang kepada keselamatan dan kepentingan negara, keamanan dunia, perkembangan kebudayaan dan perkara yang berkaitan istimewa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini