Zii Jia ke suku akhir Terbuka New Zealand - Utusan Malaysia

Zii Jia ke suku akhir Terbuka New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah untuk melangkah suku akhir kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia Super 300 Terbuka New Zealand, hari ini.

Pemain berusia 21 tahun itu menampilkan aksi cemerlang untuk menyingkirkan pemain Jepun, Kazumasa Sakai 23-21, 21-16 untuk bertemu pemain Hong Kong, Angus Ng yang menang 21-16, 21-9 ke atas Lee Hyun Il.

Turut ke suku akhir gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang menundukkan Akbar Bintang Cahyono-Annisa Saufika 21-13, 21-10 dan akan bertemu pilihan kedua kejohanan yang juga rakan senegara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menewaskan wakil tuan rumah, Edward Lau-Alyssa Tagle 21-17, 21-15.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengiringi mereka pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menyingkirkan Mahiro Kaneko-Yunosuke Kubota 21-18, 17-21, 21-11 dan gandingan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang menang 21-13, 21-15 ke atas Akbar-Moh Reza Pahlevi Isfahani.

Pemenang pingat perak Sukan Olimik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong juga melangkah ke saingan lapan terbaik selepas menang 21-17, 21-19 ke atas Manu Attri-B. Sumeeth Reddy.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi pasangan beregu wanita, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen apabila tewas kepada pilihan utama dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 18-21, 20-22 selain Chong Wei Feng yang tewas 6-21, 5-21 kepada pilihan utama dari Indonesia, Anthony Ginting.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini