Semua pihak dibenarkan guna dewan orang ramai - Utusan Malaysia

Semua pihak dibenarkan guna dewan orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 2 Mei – Kerajaan negeri membenarkan semua pihak termasuk pembangkang menggunakan dewan orang ramai di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata, tiada halangan untuk mana-mana pihak menggunakan dewan orang ramai asalkan membayar sewa dan jaga kemudahan dengan baik.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dan Penyelaras DUN diminta tidak menyekat pihak pembangkang menggunakan dewan orang ramai untuk tujuan yang baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dewan orang ramai boleh digunakan untuk program amal, jamuan hari raya, bersukan dan lain-lain tetapi kalau ceramah hentam kerajaan kita tidak benarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Yunus, pihak pembangkang pula tidak berselindung di sebalik penganjuran program ilmu untuk menyebar fitnah hingga menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.

Beliau berkata, ini boleh berlaku dengan mengundang tokoh-tokoh kontroversi dalam program mereka.

“Kerajaan negeri juga tidak akan membenarkan lagi dewan orang ramai dijadikan markas pilihan raya atau mesyuarat parti termasuk di sekolah-sekolah serta memaksa penjawat awam hadir ke program yang berbaur politik dan kepartian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini