Suami maut, isteri cedera bertembung lori tangki - Utusan Malaysia

Suami maut, isteri cedera bertembung lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 2 Mei – Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan lori tangki minyak di Jalan Besar Panchang Bedena, Sungai Besar di sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi itu, pasangan suami isteri yang belum dikenal pasti itu masing-masing berusia 60 tahun.

Difahamkan kejadian berlaku selepas lori tangki minyak itu hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta jenis Perodua Myvi dinaiki pasangan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, berdasarkan maklumat awal kemalangan berlaku ketika pasangan warga emas itu dalam perjalanan ke Sungai Besar dari Teluk Intan, Perak.

“Seramai sembilan anggota termasuk pegawai beserta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 5.58 pagi.

“Setibanya dilokasi kejadian kita mendapati pemandu kereta sudah meninggal dunia akibat tersepit sebelum dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

“Isteri pemandu itu dan pemandu lori berusia 40an cedera di bahagian kaki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sabak Bernam untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini