Kedai tayar terbakar, sebuah kereta musnah - Utusan Malaysia

Kedai tayar terbakar, sebuah kereta musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 1 Mei – Sebuah kereta jenis Renault musnah dalam kebakaran di sebuah kedai menjual tayar di Taman Desa Melati dekat Nilai di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sebuah kereta dan sebuah pikap dapat diselamatkan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Bakarya Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.17 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebuah jentera bersama sebuah lori tangki air dan sebuah pikap bersama lapan anggota dan tiga pegawai bergegas ke tempat kejadian dan tiba pukul 5.23 petang.

“Sebuah jentera bersama enam anggota dari Mantin turut membantu operasi memadam kebakaran,” katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran dan taksiran kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini