Figo pun sokong TMJ - Utusan Malaysia

Figo pun sokong TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mei – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat sokongan daripada bekas Pemain Terbaik Dunia, Luis Figo dalam usaha beliau melakukan penambahbaikkan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Selaku Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail merupakan individu yang bertanggungjawab memastikan Liga M berjalan dengan lancar, namun semua itu tidak akan berjaya jika ada kelab enggan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.

Bekas bintang tengah Real Madrid dan Portugal itu berkata, TMJ berada pada landasan yang tepat dalam menaikkan mutu Liga M, bagaimanapun jika tiada kelab mahu mengikuti peraturan, segala usaha pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjadi sia-sia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika anda mahu liga menjadi lebih baik, kelab perlu mengikuti segala syarat dan peraturan liga. Apa yang TMJ lakukan adalah betul dan beliau berada di landasan yang tepat.

“Jika kelab tidak mengikuti peraturan dan syarat yang ditetapkan, liga tidak akan maju,” kata Figo. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini