Hoki: Malaysia ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Hoki: Malaysia ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Maruah Malaysia terselamat apabila berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Final Siri Hoki Dunia selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Wales pada aksi crossover di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Dua gol skuad hoki negara diperoleh menerusi jaringan Tengku Ahmad Tajudin Tengku Abd. Jalil dan Faizal Saari masing-masing pada minit ke-27 serta 40.

Selepas berjaya meledak dua gol, skuad bimbingan Roelant Oltmans itu memilih untuk memperlahankan rentak dengan bermain secara bertahan dan menanti asakan daripada Wales.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mujur satu gol Wales dijaringkan oleh Luke Hawker pada minit ke-56 sudah terlambat menyaksikan kedudukan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Austria di separuh akhir pada Jumaat ini.

Wales pula terpaksa menerima hakikat menentang China dalam penentuan tempat kelima dan keenam malam esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini