Iran kritik rancangan AS isytihar Muslim Brotherhood pengganas - Utusan Malaysia

Iran kritik rancangan AS isytihar Muslim Brotherhood pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA 1 Mei – Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif hari ini mengkritik Amerika Syarikat (AS) yang mahu menyenarai hitam Muslim Brotherhood sebagai kumpulan pengganas.

Menurutnya, Iran menolak sebarang cubaan AS untuk perkara berkenaan.

“AS yang menyokong pengganas terbesar dalam rantau kami dan ia adalah Israel.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cubaan untuk menjadikan pihak tertentu sebagai pengganas yang mana AS tiada kedudukan secara teori dan praktikal,” katanya pada Dialog Kerjasama Asia di Doha.

Penyenaraian sebagai pengganas itu akan mengembirakan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dan juga Arab Saudi dengan ultrakonservatif ideologi Wahabi malah berikutan sokongan bagi perubahan politik negara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini