Malaysia Tigers akhirnya bangkit - Utusan Malaysia

Malaysia Tigers akhirnya bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mei – Langkah Malaysian Tigers untuk memburu kejuaraan kejohanan Siri Akhir FIH 2019 kini kembali ke landasan apabila berjaya menempah slot separuh akhir selepas bergelut menewaskan Wales 2-1 dalam aksi play-off, hari ini.

Kemenangan tersebut juga diharap mampu memulihkan kembali reputasi Malaysian Tigers dalam kempen Siri Akhir FIH selepas dimalukan Itali pada Isnin.

Dalam aksi separuh akhir, Malaysia dijadual bertemu juara Kumpulan A, Austria pada Jumaat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad hoki kebangsaan meletakkan sasaran muncul juara dalam kejohanan ini bagi memudahkan laluan ke pusingan kelayakan terakhir Sukan Olimpik 2020 pada November ini.

Dalam perlawanan tersebut Malaysian memulakan aksi dengan corak permainan menyerang namun hanya mampu meraih satu percubaan mendapatkan jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada suku pertama namun gagal dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Bagaimanapun pada suku kedua menyaksikan Malaysian Tigers berjaya mendapatkan jaringan awal menerusi gol padang pada minit ke-27 menerusi penyerang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil.

Pada suku ketiga peluang Malaysia untuk menambah jaringan menerusi pukulan sudut penalti gagal dimanfaatkan dengan baik biarpun mempamerkan aksi set-piece menarik dalam kawasan D lawan.

Gol kemenangan Malaysian Tigers berjaya dijaringkan pada minit ke-40 hasil gol padang Faizal Saari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini