Konsep gerai meriahkan Ramadan - Utusan Malaysia

Konsep gerai meriahkan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Setiap kali Ramadan menjelang, pasti muncul pelbagai juadah enak yang disajikan sebagai menu utama untuk berbuka puasa seisi keluarga mahupun bersama rakan-rakan.

Pemilihan menu yang menepati cita rasa setiap individu sudah semestinya menjadi keutamaan bagi menghilangkan rasa lapar dan dahaga selepas hampir seharian menahan diri daripada makan dan minum.

Justeru itu, bagi tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, pihak pengurusan Hotel Tenera di Bangi mengambil inisiatif memperkenalkan pelbagai menu yang mampu memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…
FADZLY HAMZAH
FADZLY HAMZAH 

Menurut Penolong Pengurus Eksekutifnya, Fadzly Hamzah, tema bagi bufet Ramadan tahun ini ialah Sinar Ramadhan 2019 yang menampilkan 10 menu utama antaranya kambing golek Pesto Caracas, lidah bakar, makanan laut goreng Mae Pranom, mi rebus tulang rawan/gear box, dan banyak lagi.

“Kesemua menu ini dihidangkan dengan menggunakan konsep gerai iaitu menu akan dibuat apabila mendapat permintaan daripada pelanggan dengan jumlah kuantiti yang sedikit.

“Pemilihan konsep gerai ini adalah bagi mengelakkan pembaziran makanan yang sering menjadi isu utama setiap kali Ramadan iaitu lambakan lebihan makanan yang dibuang pelanggan,” katanya kepada Mega Rona.

Mengulas lanjut, pihak hotel tersebut akan membuka lebih 40 buah gerai yang menyediakan aneka jenis hidangan tradisional dan autentik yang pastinya menarik perhatian pengunjung.

“Kira-kira 200 jenis menu yang dihidangkan ini mempunyai keunikan tersendiri dan mampu memikat sesiapa sahaja yang menjamahnya kerana rasanya sangat enak.

“Harganya juga sangat berpatutan iaitu pengunjung boleh menikmati pelbagai variasi juadah berbuka puasa dengan RM98 sahaja,” tambahnya.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan, boleh kunjungi laman sosial @tenera hotel atau membuat tempahan terus melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-3854796.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini