Bung Moktar, Zizie Izette ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Bung Moktar, Zizie Izette ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A. Samad di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, Bung Moktar dan Zizie bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

“SPRM telah menahan Moktar pada pukul 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala Zizie ditahan di SPRM Putrajaya pada pukul 11.15 pagi selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan FELCRA,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Sebelum ini, Bung Moktar pernah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 20 Ogos 2016 bagi membantu siasatan berhubung satu kes mengikut Akta SPRM 2009.

SPRM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, beliau disoal siasat selama lima jam dipercayai berkaitan beberapa unit pelaburan amanah yang dibuat agensi terbabit.

Pada 19 Mei tahun lalu, Bung Moktar dilaporkan memberitahu bahawa akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Felcra Berhad.

Beliau dilaporkan akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu pada hujung bulan Mei tahun lepas.

Ia susulan Barisan Nasional (BN) tewas kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sekali gus gagal membentuk kerajaan buat kali pertama dalam tempoh lebih 60 tahun. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini