PUTRAJAYA 1 Mei – Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh akan memulakan perkhidmatannya sebagai Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini.

MAHB dalam satu kenyataan memberitahu, Mohd. Shukrie akan memainkan peranan dalam memacu serta melihat strategi-strategi berkaitan operasi dan keselamatan lapangan terbang.
Selain itu, jelas MAHB, belia akan terlibat dalam perancangan serta pembangunan, pengurusan projek, pengurusan kemudahan selain perkhidmatan perundingan untuk operasi serta pengurusan Kumpulan MAHB di luar negara.
“Beliau pengalaman luas dan terkenal dalam pelbagai sektor meliputi perbankan pengguna dan korporat, kewangan korporat dan nasihat, penggabungan dan pengambilalihan, perkhidmatan kewangan, pengurusan risiko dan sumber manusia dan perolehan.
“Beliau membawa nilai penting kepada Kumpulan dalam mencapai tujuan meletakkan Malaysia sebagai hab penerbangan yang kuat dan menjadi penerajunya,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











