LONDON 1 Mei – Pengasas WikiLeaks, Julian Assange bakal dijatuhkan hukuman hari ini berikutan melanggar perintah mahkamah Britain tujuh tahun lalu apabila berlindung di Kedutaan Ecuador, London bagi mengelakkan ekstradisi ke Sweden.
Tukang adu Australia itu ditahan pada 11 April lalu selepas Ecuador menyerahkannya kepada pihak berkuasa akan berdepan dengan hukuman 12 bulan penjara.
Assange melarikan diri ke kedutaan itu pada 2012 selepas hakim memerintahkan ekstradisi untuk dakwaan serangan seksual dan rogol di Sweden yang mana dinafikan sekerasnya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dia mendakwa dakwaan itu hanya sebagai alasan untuk memindahkannya ke Amerika Syarikat (AS) yang mana untuk mendakwanya tentang penyebaran berjuta dokumen sulit oleh WikiLeaks. – AFP











