Dua lelaki warga asing maut selepas disyaki keracunan metanol - Utusan Malaysia

Dua lelaki warga asing maut selepas disyaki keracunan metanol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Dua lelaki warga asing meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini selepas disyaki mengalami keracunan metanol sejak Ahad lalu.

Kedua-dua mangsa masing-masing merupakan warga asing dari Bangladesh dan Myanmar. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan keracunan metanol melibatkan dua mangsa yang mengalami gejala seperti kabur penglihatan, loya, muntah, sakit perut dan separuh sedar itu pada semalam.  

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua mangsa di dalam kes ini didapati mempunyai sejarah minum minuman beralkohol sebelum mengalami gejala berkenaan. 

“Mereka dilaporkan berada dalam keadaan kritikal semasa dimasukkan ke hospital dan telah meninggal dunia pada awal pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Lay Ming, sampel klinikal daripada kedua-dua kes berkenaan telah dihantar ke makmal untuk pengesanan metanol, namun keputusannya masih belum diterima.

Sehubungan itu katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian sementara survelan minuman beralkohol di pasaran juga akan dipertingkatkan. 

“Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada pengambilan minuman beralkohol tiruan. Keracunan metanol boleh menyebabkan gejala sakit perut, sesak nafas, kabur penglihatan, loya, muntah, pening atau sakit kepala yang teruk serta kekejangan kaki. 

“Sekiranya terdapat individu yang mengalami mana-mana gejala tersebut selepas pengambilan minuman beralkohol, segera membawanya ke hospital berdekatan untuk rawatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini