CARACAS 1 Mei – Pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido memanggil protes besar-besaran May Day hari ini untuk meningkatkan tekanan kepada Presiden Nicolas Maduro selepas pertembungan kekerasan di jalanan semalam.
Menurutnya, protes tersebut akan menjadi yang ‘terbesar dalam sejarah Venezuela’ bagi menjatuhkan rejim presiden ketika ini.
“Seluruh Venezuela, kami akan berada di jalanan,” katanya yang diiktiraf sebagai Presiden sementara oleh lebih 50 negara asing.
Memuatkan artikel berkaitan…
Guaido berulang kali meminta angkatan bersenjata untuk menyertai ‘Operasi Kebebasan’ dalam usaha mengulingkan pemimpin sosialis.
Bagaimanapun, Maduri kekal tidak berganjak selepas Guaido meminta tentera bangkit bersama semalam yang mana dilihat gagal. – AFP











