Mane ‘cemburu’ Barcelona ada Coutinho - Utusan Malaysia

Mane ‘cemburu’ Barcelona ada Coutinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Mei – Sadio Mane mengakui dia ‘mencemburui’ Barcelona kerana boleh menggunakan khidmat bekas rakan sepasukannya, Philippe Coutinho dalam aksi pertama separuh akhir Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Bintang Senegal itu pernah beraksi bersama Coutinho selama 18 bulan di Liverpool sebelum bintang Brazil itu berpindah menyertai Barcelona pada Januari tahun lalu dan menyaksikan Mane diberikan jersi No.10 pada awal musim ini.

Bekas pemain Southampton itu menikmati musim cemerlang bersama Liverpool dan diletakkan dalam senarai Pasukan Terbaik PFA selepas berjaya meledak jaringan yang banyak buat The Reds dalam saingan domestik dan pentas Eropah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mane akan berada dalam kesebelasan utama yang beraksi di Camp Nou, awal pagi esok dan akan berdepan cabaran daripada Coutinho dan seorang lagi bekas pemain The Reds, Luis Suarez.

“Dia adalah pemain yang hebat.

“Saya cemburu kerana Barcelona boleh menggunakannya! Dia masih muda dan boleh terus berkembang dengan baik kerana dia seorang yang kuat bekerja,” kata Mane.

Walaupun dengan kehadiran Coutinho, Mane yakin Liverpool akan meraih keputusan positif di Camp Nou.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini