Tiga sepupu positif dadah - Utusan Malaysia

Tiga sepupu positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mei – Tiga sepupu antara enam yang ditahan selepas ujian air kencing terhadap mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam Op Cegah dijalankan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Gombak kelmarin.

Ketua AADK daerah Gombak Syaiful Asfar A. Rahman berkata, operasi selama kira-kira empat jam itu dijalankan di sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang dan Selayang.

“Dalam operasi tersebut kita berjaya menahan enam lelaki berusia antara 19 hingga 26 tahun termasuk tiga sepupu yang mana dua daripadanya merupakan adik-beradik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang daripada mereka ditahan di rumah keluarganya di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Dia kemudian memberitahu MyKadnya tertinggal di sebuah bengkel tidak jauh dari kediamannya yang membawa kepada penangkapan dua sepupunya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syaiful Asfar berkata, dalam operasi tersebut, sebanyak tujuh orang diarahkan menjalani ujian air kencing dan enam daripadanya didapati positif dadah methamphetamine.

“Ibu bapa dan ahli keluarga dinasihatkan agar mengawasi aktiviti anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terjebak dalam aktiviti penagihan dadah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini