Gantung diri kerana isteri kahwin lain - Utusan Malaysia

Gantung diri kerana isteri kahwin lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 1 Mei – Hampa dan terlalu kecewa isteri berkahwin lelaki lain dipercayai menjadi punca seorang nelayan asing sanggup menggantung diri di tepi sungai di Kompleks Perikanan Tok Bali, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1 petang itu, lelaki yang dikenalpasti warganegara Myammar berusia 29 tahun itu ditemui mati dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden Mohd. Azmir Damiri berkata, sebelum kejadian, adik mangsa berusia 20 tahun memberitahu mangsa sempat meluahkan perasaan dan kekecewaannya kepada adiknya sebelum kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adiknya memberitahu mangsa tidak dapat menerima berita isterinya di negara asalnya berkahwin lain yang dipercayai menjadi punca mangsa membunuh diri.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, kita percaya mangsa baru meninggal dunia dan tiada unsur jenayah ditemukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azmir berkata, hasil maklumat pihaknya juga mengenal pasti mangsa dan adiknya sudah bekerja di Pelabuhan Tok Bali sejak beberapa tahun lalu dengan nelayan negeri ini.

“Adiknya memberitahu dia dan mangsa tinggal di dalam bot dan hanya singgah di pelabuhan bagi kerja-kerja menangkap dan mendaratkan ikan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat.

Katanya, kes ini diklafikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini