Luiz suka falsafah bola sepak Sarri - Utusan Malaysia

Luiz suka falsafah bola sepak Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Mei – David Luiz mempertahankan taktikal yang digunakan Maurizio Sarri dengan pemain pertahanan itu mengakui sangat menyukai falsafah bola sepak pengendali Itali itu.

Bekas pengendali Napoli itu bergelut untuk mendapatkan sokongan penyokong di Stamford Bridge dalam musim pertamanya dan mereka jelas tidak menyukai cara permainan pasukan ketika ini.

Luiz yang sering berada dalam kesebelasan utama Sarri musim ini lebih menggemari corak yang digunakan ketika ini berbanding cara permainan pengendali terdahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cara dia bermain adalah cara yang saya sukai.

“Ini adalah cara saya menikmati bola sepak, bukan sahaja bermain tetapi melihat. Saya suka falsafah yang diterapkan.

“Ramai berkata, Chelsea tidak mengawal permainan atau Chelsea hanya menyerang balas dan bertahan.

“Sekarang kami mengawal permainan dan mereka mengkritik kerana mereka beranggapan kami tidak akan menang dengan hanya mengawal permainan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini