SKMM siasat dua individu hina Nabi Muhammad - Utusan Malaysia

SKMM siasat dua individu hina Nabi Muhammad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA 30 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyoal siasat dua individu yang menggunakan laman Facebook menghina Nabi Muhammad dan isteri baginda, Aisyah serta kesucian agama Islam di negara ini, baru-baru ini.

MOHD. SHAFIE HARUN
MOHD. SHAFIE HARUN 

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Datuk Mohd. Shafie Harun berkata, siasatan dijalankan susulan laporan orang ramai agar tindakan segera diambil terhadap pihak berkenaan.

Ujarnya, kedua-dua individu berkenaan telah dirakamkan percakapan mereka dalam satu serbuan serentak yang dikendalikan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Semporna, Sabah dan Kajang, Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesalahan-kesalahan dilakukan kedua-dua suspek menjurus kepada perbuatan memuat naik kandungan-kandungan bersifat jelik dan menghina dengan niat untuk mengganggu dan menyakitkan hati orang lain.

“Dalam kes pertama membabitkan pengguna akaun Facebook bernama “Auni Zaara’ apabila suspek didakwa memuat naik mesej yang menghina Nabi Muhammad dan isteri baginda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujar beliau, manakala dalam kes kedua pula membabitkan pengguna akaun Facebook ‘Fadhillah Abdulhamid’ iaitu suspek memuat naik kandungan bersifat jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad dengan kata-kata yang cukup menghina.

“Dalam serbuan tersebut, dua telefon bimbit, tiga kad SIM dan satu kad memori telah dirampas untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Katanya lagi, kes-kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu didapati menyalahunakan laman media sosial untuk menyebarkan atau berbaur penghinaan yang boleh mengundang kemarahan orang awam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini