Cadangan gugur status agama, perkara pelik - Utusan Malaysia

Cadangan gugur status agama, perkara pelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 30 April – Cadangan supaya kerajaan menggugurkan status agama dalam kad pengenalan merupakan satu lagi perkara pelik yang berlaku semasa pentabiran Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata, cadangan itu juga menunjukkan bahawa pemimpin PH suka menghasut rakyat ke arah pemikiran negatif serta menanam kebencian.

Kata beliau, sedangkan semasa di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), rakyat dididik untuk berfikiran baik dan tidak mempertikaikan perkara yang melambangkan pegangan agama mana-mana pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun kini PH perlu melayani karenah pemimpin dan penyokong mereka sendiri yang mempunyai pemikiran yang pelik-pelik.

“Jadi terpulanglah kepada PH untuk menentukan dasar mereka supaya tidak dianggap menipu penyokong mereka sendiri nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Senator Nga Hock Cheh pada Rabu lalu, supaya kerajaan menggugurkan status agama dalam kad pengenalan rakyat negara ini atas alasan perpaduan.

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji dan memperhalusi terhadap cadangan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini