MEXICO CITY 18 April- Kerajaan Mexico akan menyekat kedatangan pendatang dari Amerika tengah ke selatan negara itu bagi menghalang kemasukan mereka ke Amerika Syarikat (AS).
Sekatan itu dibuat menerusi pengenalan kad pelawat serantau bagi pendatang dari kawasan berkenaan.
Undang-undang baharu itu dijangka memberi kesan kepada puluhan ribu pelarian yang meninggalkan tanah kelahiran mereka dan merentas Mexico dengan harapan untuk mencari suaka di AS.-AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











