Maxis lancar khidmat NB-IoT Malaysia komersial pertama - Utusan Malaysia

Maxis lancar khidmat NB-IoT Malaysia komersial pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 April – Maxis mengumumkan pelancaran perkhidmatan Objek Rangkaian Internet Jalur sempit (NB-IoT) komersial pertama Malaysia yang menawarkan keupayaan seperti 5G walaupun untuk aplikasi jalur lebar yang lebih rendah.

Ketua Perusahaan Maxis, Paul McManus berkata, teknologi itu akan mememperkasa data raya dan membolehkan analitis data canggih yang berpotensi membantu membuat keputusan dalam bidang seperti penjimatan kos, kecekapan serta peluang perniagaan baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, Maxis NB-IoT sedang diuji dalam beberapa industri untuk pelbagai penggunaan utama industri seperti meter pintar dan pemantauan alam sekitar.

“Ada potensi untuk membuka peluang baharu bagi pihak berkepentingan utama seperti kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta perniagaan Malaysia dalam bidang pertanian, utiliti dan bandar raya Pintar.

“Maxis bersedia untuk bekerjasama dengan pelanggan dalam memahami titik penting dan bekerjasama untuk meningkatkan kecekapan perniagaan dan menyelesaikan masalah melalui penyelesaian NB-IoT,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini