Gerakan cadang kursus asas digital di universiti, kolej - Utusan Malaysia

Gerakan cadang kursus asas digital di universiti, kolej

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 April – Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mencadangkan supaya institusi pendidikan tinggi menambah beberapa kursus wajib seperti kemahiran digital, analisis data, perniagaan elektronik dan sebagainya.

Dominic berkata, ini berikutan laporan mengatakan bahawa gaji graduan universiti jatuh kerana kekurangan kemahiran digital dalam kalangan mereka.

“Banyak industri tradisional telah berubah secara beransur-ansur. Malah bidang perbankan, media dan industri runcit juga telah bergerak ke arah e-perniagaan. Contohnya seperti Rakuten Inc. dari Jepun telah menghantar pekerja mereka ke kursus komputer untuk meningkatkan daya saing pasaran mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, jika pelajar universiti atau kolej yang ada tidak mempunyai kemahiran asas digital, mereka akan tenggelam dalam pasaran.

Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap perkara ini dan mengambil langkah relatif untuk menangani isu itu melalui mekanisme pendidikan universiti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini