300 tan minyak dibuang ke dalam laut - Utusan Malaysia

300 tan minyak dibuang ke dalam laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI  – Kira-kira 300 tan minyak terpakai dibuang ke dalam laut sehingga menyebabkan pencemaran di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar di sini sejak dua hari lalu

Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah berkata, kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak itu dilakukan sejak 6 pagi hari ini melibatkan kawasan seluas empat batu nautika dari pesisir pantai.

“Pencemaran dianggarkan membabitkan sebanyak kira-kira 300 tan minyak dipercayai akibat aktiviti pembuangan minyak oleh kapal tangki sejak dua hari lalu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ekoran kejadian itu, 18 anggota daripada unit kecemasan telah digerakkan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan bermula hari ini,” katanya. 

Semalam, Jabatan Laut Wilayah Selatan menemui tumpahan minyak melibatkan kawasan sepanjang satu kilometer di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini