Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak dimulakan - Utusan Malaysia

Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak dimulakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 18 April – Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar di sini telah dimulakan sejak pukul 6 pagi ini.

Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah berkata, lokasi pencemaran melibatkan kawasan seluas 4 batu nautika dari pesisir pantai.

“Pencemaran dianggarkan membabitkan kira-kira 300 tan minyak dipercayai akibat aktiviti pembuangan minyak oleh kapal tangki sejak dua hari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ekoran kejadian itu, 18 anggota daripada unit kecemasan telah digerakkan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan bermula hari ini,” katanya.

Semalam, Jabatan Laut Wilayah Selatan menemui tumpahan minyak melibatkan kawasan sepanjang satu kilometer di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini