Gempa 6.1 skala Richter landa Taiwan - Utusan Malaysia

Gempa 6.1 skala Richter landa Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 April – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 skala Richter berlaku di Timur Taiwan pada 1.01 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa itu terletak kira-kira 79 kilometer Timur dari bandar Taichung,Taiwan.

Menurut kenyataan itu, gempa berkenaan bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini