22 kes lagi disyaki H1N1 di Ipoh - Utusan Malaysia

22 kes lagi disyaki H1N1 di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sebanyak 22 kes baharu disyaki Influenza A (H1N1) dikesan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad. 

Ini menjadikan jumlah kumulatif dilaporkan di sekolah tersebut seramai 102 orang termasuk seorang guru yang mempunyai jangkitan saluran pernafasan seperti demam, sakit tekak dan batuk, katanya.  

Menurutnya, terdapat seorang lagi murid STAR dimasukkan ke hospital swasta ketika ini dan masih menunggu keputusan makmal dan keadaan pelajar itu dilaporkan stabil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 51 pelajar lagi masih diasingkan di asrama sekolah dan pemantauan ke atas mereka diteruskan,” katanya selepas melancarkan Bulan Pemakanan Malaysia di sini, hari ini.  

Semalam, media melaporkan empat sampel daripada 79 pelajar yang dikesan mengalami kluster demam dan batuk di STAR disahkan positif Influenza A H1N1. – Bernama

 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini