KUALA LUMPUR 18 April – Penutupan sementara Persiaran Kenanga, Petaling Jaya dekat sini akan diteruskan sehingga esok ekoran pemasangan jejantas pejalan kaki baharu di situ.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan, penutupan bermula dari pukul 10.30 malam hingga 5 pagi itu yang telah bermula sejak semalam itu diaktifkan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan jejantas bagi pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash).
“Pengguna dinasihatkan memandu secara berhemah dan berhati-hati ketika melalui kawasan pembinaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Sila patuhi arahan lalu lintas dan gunakan laluan alternatif untuk perjalanan yang lancar dan selamat,” katanya. – UTUSAN ONLINE











