Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Wan Hassan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Wan Hassan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Bekas pemain bola sepak negara, Wan Hassan Wan Ibrahim meninggal dunia petang semalam di rumahnya di Kampung Cherang di sini akibat kegagalan fungsi paru-paru. 

Jenazah allahyarham Wan Hassan, 68, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherang pada pukul 10.15 pagi ini.

Anak bongsunya, Wan Fadhilah, 38, berkata, ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.30 petang semalam setelah dua tahun menderita lumpuh separuh badan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Doktor mengesahkan paru-paru ayah tidak berfungsi dengan baik dan tersumbat dengan kahak yang banyak,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini.

Wan Hassan lumpuh separuh badan sejak pertengahan 2017 dan kesihatannya mulai merosot selain susut tubuh badan bermula awal tahun ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini