Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 April – Ringgit didagangkan rendah berbanding dolar AS hari ini akibat permintaan yang lemah susulan kebimbangan berkaitan kemungkinan penurunan penarafan bon-bon Malaysia oleh penyedia indeks global, FTSE Russell.

Pada 9.09 pagi ini, unit tempatan itu diniagakan pada 4.1400/1440 berbanding dolar AS daripada 4.1330/1360 sewaktu ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata, walaupun sentimen terhadap ringgit dijejaskan oleh laporan negatif, namun kesannya lebih bersifat sementara berikutan aliran keluar dana asing yang mulai stabil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0596/0637 daripada 3.0551/0583 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6968/7013 daripada 3.6892/6925.

Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 5.3977/4042 daripada 5.3890/3946 dan turun berbanding euro kepada 4.6770/6819 daripada 4.6736/6774.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini