Tun M antara 100 individu berpengaruh - Utusan Malaysia

Tun M antara 100 individu berpengaruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 April- Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia oleh majalah antarabangsa Time Magazine

Beliau tersenarai bersama beberapa nama besar lain antaranya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Presiden China Xi Jinping, PM New Zealand, Jacinda Adern, bekas wanita pertama AS, Michelle Obama, Speaker AS, Nancy Pelosi.

Dalam laporan yang ditulis oleh pengasas Sarawak Reports, Clare Rewcastle Brown, Dr. Mahathir disifatkan sebagai ‘kuda perang yang gagah’ berjaya menghimpun perhatian orang ramai dalam kempen sengit Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk berjuang, anda tak semestinya muda. Ketika pada usia 93 tahun, Dr. Mahathir komited untuk menyerahkan pemerintahan kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dibebaskan dari penjara beberapa hari selepas kemenangannya,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini