LAWATAN. Seramai 50 anak yatim etnik Rohingya berusia tujuh hingga 16 tahun diraikan pada program lawatan sambil belajar di Pusat Aquaria, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur baru-baru ini.
Program itu merupakan anjuran Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bagi meraikan anak yatim di bawah Penajaan Anak Yatim MyCARE.
Menurut Pegawai Besar Operasi MyCARE, Roha Hassan, lawatan itu diadakan bagi menggembirakan golongan tersebut selain memberikan pengalaman baharu buat mereka.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami turut menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM3.5juta daripada orang ramai bagi menyediakan keperluan harian buat anak-anak yatim di beberapa negara bergolak termasuk Myanmar, Palestin, Syria dan Iraq,” katanya.











