AKTIF. Seramai 150 warga emas yang terdiri daripada pesara kerajaan yang tinggal di sekitar Gua Musang, Kelantan mengikuti program sihat untuk memenuhi masa lapang mereka pada setiap hari.
Pengerusi Kelab Warga Emas Gua Musang, Che Rusli Che Sulaiman berkata, kelab yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu itu sedang mengumpul lebih ramai ahli dalam kalangan pesara.
Menurut Che Rusli, pelbagai manfaat diperoleh menerusi amalan gaya hidup sihat selepas bersara termasuklah dapat menghindarkan daripada penyakit kronik.
Memuatkan artikel berkaitan…











