Bas bawa 24 anggota JPJ terbakar - Utusan Malaysia

Bas bawa 24 anggota JPJ terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN – Seramai 30 individu termasuk 24 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cemas seketika apabila bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mereka naiki mengalami kerosakan sebelum terbakar pada bahagian enjin semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu itu berlaku ketika kesemua individu ber­kenaan dalam perjalanan dari pusat tahanan berpusat di Bayan Baru menuju ke Mahkamah Majistret Georgetown.

Jarak antara kedua-dua lokasi ber­kenaan adalah kira-kira 20 kilometer.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, bas berkenaan mengalami kebakaran pada bahagian enjin menyebabkan kese­mua tahanan terpaksa dibawa ke mahkamah menggunakan 10 buah kereta.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini