Pencarian Acap ditangguh - Utusan Malaysia

Pencarian Acap ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Operasi mencari seorang peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan yang hilang sejak bulan lalu ditangguhkan sementara berkuat kuasa semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pe­nangguhan operasi selepas 24 hari pencarian dibuat atas beberapa faktor termasuk tiada petunjuk baharu diperoleh Pa­sukan Penyelamatan dan Pasukan Siasatan bagi membolehkan mangsa dikesan sama ada dalam bentuk operasi atau siasatan di luar konteks operasi.

Katanya, mangsa juga masih tidak ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat telah menggunakan pelbagai kaedah terkini dan pasukan yang berpengalaman selain kawasan pencarian diperluas dari 35 kilo­meter (km) persegi kepada 48km persegi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini