Belanja £120,000 untuk hidup sebagai patung Barbie - Utusan Malaysia

Belanja £120,000 untuk hidup sebagai patung Barbie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW, Rusia – Seorang wanita yang menggemari patung mainan Barbie telah menghabiskan £120,000 (RM650,000) untuk menjalani pembedahan plastik, mengubah suai rumahnya dan membeli lebih 1,500 anak patung berkaitan watak ikonik itu, lapor akhbar Daily Mirror.

Tatiana Tuzova, 32, yang mahu mencatatkan rekod koleksi patung Barbie terbanyak dunia, hanya memakai pakaian berwarna merah jambu dan bercadang mahu menukar nama keluarganya kepada Barbie.

“Saya bekerja, merakam lagu, menghadiri acara jemputan, menerima anugerah, menghasilkan pakaian kanak-kanak atau gadis muda dan menyewa studio gambar tetapi semuanya berkaitan Barbie,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wanita itu pernah berkahwin sebanyak lima kali. Suami terkini adalah seorang doktor dan identitinya dirahsiakan. Mereka bertemu di tempat kerja doktor tersebut yang dikatakan tertawan dengan suara merdu Tuzova.

Tuzova, seorang bekas pekerja pembersihan, sering dihina di internet, namun dia kekal positif dan menganggap dirinya unik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini