KUALA LUMPUR 17 April – Matthew Davies muncul wira Pahang apabila menjaringkan gol tunggal untuk pasukannya mara ke suku akhir Piala FA 2019 menumbangkan UKM FC 1-0 di di sini sebentar tadi.
Dalam aksi pusingan ketiga di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur itu, Davies meledak gol tersebut pada minit ke-84 setelah skuad Tok Gajah dan UKM masing-masing mengasak untuk membuka jaringan.
Undian bagi menentukan kedudukan pasukan di suku akhir dijangka dilakukan esok, dengan saingan seterusnya itu akan bermula pada 30 April – 1 Mei manakala aksi timbal balik 10 – 11 Mei.
Memuatkan artikel berkaitan…
Turut sama melangkah ke suku akhir hari ini adalah PKNP FC selepas menumbangkan PDRM FA 3-2, Perak (kalahkan Jerantut FA 2-1) dan PKNS FC (tundukkan JDT 1-0).- UTUSAN ONLINE











