Young jadi mangsa perkauman - Utusan Malaysia

Young jadi mangsa perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 17 April – Kapten Manchester United, Ashley Young menjadi mangsa penghinaan yang berbaur perkauman dalam internet selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara kepada Barcelona, hari ini.

Dalam satu komen pada Twitter, Young disamakan dengan ‘beruk’ dan perkataan ‘n’ juga digunakan terhadap bintang United itu.

Kata-kata hinaan tersebut telah didedahkan oleh sebuah organisasi bola sepak yang menyokong hak sama rata, Kick It Out selepas pemain berusia 33 tahun itu mempamerkan persembahan mengecewakan yang berkesudahan United tumpas 0-3 pada suku akhir kedua di Camp Nou.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kick It Out menggesa laman sosial, Twitter agar melipat gandakan usaha bagi menentang isu perkauman, selepas beberapa pemain berprofil tinggi menjadi mangsa penghinaan di media sosial, termasuk bintang England, Raheem Sterling dan penyerang Liverpool, Mohamed Salah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Kick It Out berkata: “Seorang lagi pemain berkulit hitam, kali ini Ashley Young pula menjadi sasaran perkauman di media sosial selepas perlawanan Liga Juara-Juara. Sekali lagi, kami bertanya kepada Twitter soalan sama, bilakah anda akan mengambil tindakan serius menangani isu diskriminasi ini?” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini