Polis mohon kesan wanita hilang - Utusan Malaysia

Polis mohon kesan wanita hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 April – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 29 Mac lalu.

Wanita berkenaan, Nor Azian Nawi, 35, kali terakhir dilihat di kedai makan Nasi Lemak Pandan, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam di sini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa boleh menghubungi pegawai penyiasat Balai Tun H.S Lee, Sarjan Abi Shafazeem Arshad di talian 013-5675872.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, sebarang maklumat mengenai wanita itu juga boleh disalurkan kepada Balai Polis Tun H.S. Lee di talian 03-92212222 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini