Sitaan rumah PPR dilakukan dengan prosedur penuh - Utusan Malaysia

Sitaan rumah PPR dilakukan dengan prosedur penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 16 April – Langkah menyita 11 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam di Pasir Gudang dilaksanakan mengikut prosedur.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sebelum ini notis peringatan, notis peringatan terakhir, notis menyita premis dan notis pembatalan perjanjian sudah dikeluarkan.

Jelas beliau, apabila mereka tidak mengendahkannya kerajaan negeri terpaksa bertindak demikian sekali gus menafikan dakwaan bertindak kejam atau tidak berhati perut terhadap penghuni terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan negeri terpaksa melakukan perkara ini, bukan bermaksud mahu menindas sesiapa, tetapi penduduk ini enggan memberikan kerjasama dengan bertemu kerajaan mengenai isu tunggakan bayaran sewa.

“Sedia maklum, kerajaan negeri telah menetapkan bayaran serendah RM124 sebulan manakala rumah sewa Johor pula RM100 sebulan. Masalahnya sekarang, penyewa ini ada yang sampai RM6,000 tunggakan.

“Sebelum kita buat tindakan, petugas kita juga telah mengeluarkan notis, beberapa kali notis diberi, tetapi mereka ini ambil keputusan hanya berdiam diri,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Kira-kira pukul 9 hingga 12.30 tengah hari tadi dan penguat kuasa memberikan masa kepada mereka selama 10 minit untuk mengemas barang dan keluar dari rumah walaupun mereka merayu untuk tidak berbuat demikian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini