LONDON 16 April – Legenda Liverpool, Jamie Carragher berkata dia sanggup melihat Liverpool kehilangan Mohamed Salah daripada Sadio Mane dalam usaha skuad kendalian Jurgen Klopp itu memburu kejuaran Liga Perdana Inggeris (EPL).
Salah dianggap sebagai tuah kepada The Reds selepas menjaringkan lebih daripada 50 gol dalam EPL selepas dua musim di Anfield.
Bagaimanapun, ketika ditanya, Carragher sanggup melihat Liverpool kehilangan Salah atau Mane, bekas pertahanan The Reds itu dengan pantas menjawab;’Salah.
“Saya seorang peminat Mane. Penyokong bercakap mengenai Jurgen Klopp, pembelian Salah, (Virgil) van Dijk, sukar dipercayai.
“Mane merupakan salah seorang pemain terbaik yang Liverpool ada. Jika anda fikir, dia merupakan pembelian pertama Klopp dengan nilai 30 juta pound (RM162 juta).
“Dia antara pemain yang membantu Liverpool menempatkan diri dalam empat pasukan teratas pada musim pertamanya. Musim seterusnya Liverpool layak ke dan musim ini The Reds pencabar utama kejuaraan EPL,” katanya.
Carragher turut memberi penekanan terhadap gol penting yang dijaringkan Mane pada musim ini. Dia menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Crystal Palace, Chelsea, Fulham dan Burnley serta membantu The Reds mengutip mata penting bertemu Leicester dan West Ham. – AGENSI











